Penyediaan EBM ke rumah babysitter..

Juz info utk saya yang sebelum ini telah menggunakan teknik yang salah dan agak menyusahkan babysitter saya (BS)...


kredit tu' hanaseman.blogspot.com' sbb sharing this good info for me!!!

Penyedian EBM ke rumah Babysitter

Okay, entry sebelum ni dah cerita tentang pengurusan stok, sekarang ni nak cerita bagaimana pengurusan EBM.Untuk memudahkan proses penyahbekuan frozen EBM, aku akan transfer frozen EBM ke fridge bahagian bawah pada sebelah petang. Kalau terlupa, aku keluarkan time subuh tapi terus cairkan diluar. Biar dia cair sendiri yer. Sekiranya EBM tu memang keras giler, rendam dengan air sejuk (bukan air panas tau) untuk cairkan.


Frozen EBM yang ditransfer dari deep freezer


Proses mencairkan frozen EBM secara semulajadi

Kemudian transfer dari liner masuk ke botol.

Aku isi 3oz per bottle.

Labelkan botol dari no.1 - 5. Ini memudahkan BS untuk menggunakan mengikut susunan.

No. 1 takde sebab aku letakkan teat siap2. Yang biru comel 2 ketul tu adalah Coleman Brite ice.


Ini cooler box yang aku guna.

Kenapa aku labelkan botol?
Ini kerana susu yang dibekalkan merupakan campuran susu yg dicairkan, susu yg diperah sehari sebelum dan juga susu fresh (baru perah). Kalau kita tak letak nombor, takut nanti, BS tak bagi susu yang dicairkan, dah kena buang bila balik rumah.
Aku biasa akan susun macam ni.
botol 1 : fresh EBM (yang diperah pagi tadi)
botol 2 : frozen EBM yang dicairkan
botol 3 : Frozen EBM yang dicairkan
botol 4 : EBM perahan semalam
botol 5 : EBM perahan semalam
So kalau ada balance 1 botol, mean baby tak minum botol 5, maka susu itu akan aku bekukan.
Kenapa aku guna fresh EBM?
Kerana aku nak baby dapat susu yang lebih baik di waktu pagi.
Tapi selalunya aku jarang guna stok frozen.
Biasanya botol 1 : fresh EBM
botol 2-5 : EBM perahan semalam.
Frozen tu memang untuk emergency jer.
Pas dah siap label, aku akan masukkan botol2 ke dalam cooler box.
Dalam cooler box aku akan letak brite ice .
Bila sampai di rumah BS, BS akan transfer susu masuk fridge dia pulak.
Aku tak bekalkan warmer kepada BS, yerlah nak kena guna elektrik dia pulak kan?
SO aku bagi BS thermos mug yang muat bottle, maka BS isi air suam letak botol dan tutup. Suhu dalam termos mug lebih stabil berbanding jika direndam dalam mug yang terbuka.

"This sharing for me and uolls" .....

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!