ShaRing is CaRing..

Selamat Pagi...Hari ini rasanya ada sedikit info yang mama nak kongsikan hasil pembacaan mama pada majalah langganan bulanan yang tidak pernah miss sejak mama pregnant.....ada satu topik dalam majalah tu yang bertajuk....."Cabaran Ibu Berkerjaya....Anak terjaga..Rumahtangga Bahagia....
Menurut Dr. Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi PPUKM,beliau berkongsi dengan pendapat yang diutarakan oleh Profesor Abdul Rahem Omran dalam buku berjudul "Family Planning in the Legacy of Islam" yang menyentuh tentang lima keupayaan perlu ada dalam sebuah keluarga Muslim:
1. Keupayaan Fizikal
2. Keupayaan Ekonomi
3. Persediaan emosi untuk menjadi isteri,ibu,suami dan bapa
4. Kelapangan masa untuk keluarga yang dibina
5. Sokongan moral daripada pasangan terutama dalam bab menjaga anak apabila sibuk dengan kerja.
(kenyataan di atas sangat mama setuju dan bermanfaat pada yang bujang yang masih belum berumahtangga sebagai persediaan dalam melangkah ke alam perkahwinan dan hidup berkeluarga) 
Menurut Pakar Psikologi Perkembangan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor pula sebagai ibu bekerjaya perlu menghadapi cabaran dengan suami.Jika ada masalah perlu berbincang dalam keadaan tenang.Begitu juga dalam soal mengasuh anak,perlu ada sikap sabar dapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman dengan saudara dan kawan-kawan yang berpengalaman ada anak.Untuk mengetahui lebih lanjut dapatkanlah majalah Pa&Ma keluaran Mei 2012.

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!